Pages

Thursday 31 January 2019

Review Penapis Air Bio Ultra

Sebenarnya, sebelum saya jadi ejen Penapis Air Bio Ultra ni, saya sendiri dah guna penapis air ni lebih kurang 6 bulan, dan masih lagi guna sampai sekarang. Saya nak cerita pengalaman saya selama lebih kurang 3 tahun menggunakan penapis air ni. Sekarang waranti pun dah habis (tapi saya tetap servis macam biasa setiap kali HQ hantar SMS reminder), bayar pun of course dah habis (sekali bayar je!).

Model yang saya guna ialah Bio Ultra 3 suhu Neos (Ini model lama tau! Saya beli masa awal-awal dulu. Sekarang kami dah tak jual pun model ni).


Sebelum tu, jom buat kira-kira sikit berapa jumlah kos pemilikan penapis air 3 suhu saya sepanjang 3 tahun ni:

1) Harga Beli: RM1099 (dapat free 1 set penapis seramik)
2) Kos Pemasangan: RM50 (lengkap semua sekali, kalau perlu modify kepala paip ke semua ejen pemasangan akan setelkan)
3) Kos Servis: 
- Filter A dan C: 12 bulan RM180
- Filter B dan D: 18 bulan RM180
- Filter seramik:  12-18 bulan RM95
Jumlah kos servis setiap setahun setengah: RM455
Untuk servis, kalau sesekali anda perlu dahulukan duit untuk buat benda lain yang lebih penting, nak servis lambat sikit pun tiada masalah. Sebab penapis air yang anda beli ni 100% jadi milik anda! 
4) Oh ya, pernah sekali button untuk safety lock tu tersangkut sebab tekan ganas sangat. Masa tu pun dah habis warranty, jadi saya terus laporkan pada HQ, dalam masa dua hari technician sampai. Kos baiki RM60 siap semua sekali.

Kalau kira-kira, jumlah kos pemilikan saya selama tiga tahun ni hanya RM2059 atau lebih kurang RM50 sebulan. Ini untuk model yang paling premium sekali. Tapi untuk waktu terhad ni, penapis air 3 suhu ni kami ada buat promosi, RM899 je! Atau kalau nak yang 2 suhu pun boleh, RM799 je! Anda boleh jimat RM300 dari kos yang saya kongsikan dekat atas tu.

Sepanjang 3 tahun penggunaan ni, apa yang saya boleh katakan:

Rasa air tak berubah
Masih sedap dari mula-mula beli sampai sekarang, sebab maintenance memang HQ Bio Ultra jaga, dan semua penapis air Bio Ultra diimport dari Korea, jadi kualiti memang terjamin.

Tempoh pemanasan dan penyejukan yang sangat cepat
Kadang-kadang, kalau tak ramai orang dekat rumah. Saya suka off-kan sahaja fungsi sejuk dan panas penapis air ni. Memang leceh sikit tapi saya tak kisah, sebab untuk air panas, ambil masa kurang 5 minit dan air sejuk kurang 10 minit untuk disediakan dari mula on-kan mesin.

Customer support yang berterusan
Yang ni memang sangat penting, penapis air ni, kalau boleh beli sekali lepas tu kita taknak fikir dah. Bukannya jenis barang yang setiap tahun kita nak tukar baru. Jadi bila ada apa-apa masalah, nak servis ke, kita boleh terus contact HQ dan mereka akan uruskan semuanya. Bio Ultra bukan jenama main-main yang lepas setahun sparepart pun dah takde. Jadi kita tak perlu risau pasal ni.





Promosi Penapis Air Venus Bio Ultra 2 Suhu RM799 sahaja!