Pages

Monday, 25 February 2019

Pengalaman Tiga Tahun Menggunakan Penapis Air Bio Ultra

Sebenarnya, sebelum saya jadi ejen BioUltra water filter ini, saya dah gunakannya dulu selama lebih kurang 2 tahun, selepas itu barulah saya contact balik kawan saya yang jual penapis air Bio Ultra ni, bagitahu saya nak join jadi agen sekali.

Warranty card yang saya dapat masa beli tahun 2016 dulu. Dah reput dah pun.

Jadinya, tahun ni adalah tahun ketiga saya gunakan penapis air BioUltra ni, saya guna dua-dua sekali luar dan dalam, indoor dan outdoor filter. Harini saya nak buat review sikit sepanjang tiga tahun saya guna Bio Ultra Water Filter ini, untuk review kali ini, saya nak fokus dekat indoor water dispenser sahaja.

Kualiti dan rasa air
Alhamdulillah, selama tiga tahun guna penapis air ini, kualiti air memang terbaik dan langsung tiada masalah. Rasa pun tak berubah, sama sahaja dari awal beli dulu sampai sekarang.

Servis dan maintenance
Dari segi servis dan maintenance, walaupun saya dah masuk 3 tahun menggunakannya, servis tetap dilakukan seperti biasa. HQ tetap akan mesej saya untuk ingatkan pasal servis walaupun dah lama beli. Macam biasa, bila sampai je masa servis, technician akan set appointment dengan kita dan biasanya akan selesai dalam masa kurang seminggu. Ada sekali tu button safety lock dekat water dispenser saya rosak selepas tempoh waranti, sama juga tak sampai seminggu technician datang untuk repair. Bayar lah sikit, tapi kira okaylah takdelah rosak kena beli baru kan.

Penggunaan water cooler dan heater
Masa beli dulu, saya tak pernah tahu pun saiz tangki water dispenser saya ni berapa besar. Kalau tak jadi agen, rasanya sampai sekarang pun saya takkan ambil tahu. Sebabnya, saiz tangki ini dah cukup besar sangat dah untuk keluarga besar dalam 10 orang. Iyelah, kalau ramai-ramai nak guna pun, bukannya dalam satu masa yang sama semua minum serentak. Lagipun, penapis air ni akan sentiasa auto refill, auto cooling dan auto heating jadi memang tiada masalah.

Suhu air sejuk dan panas
Untuk suhu air panas, suhunya lebih kurang 80℃, sesuai sangat untuk buat susu, kopi, mi segera dan sebagainya. Kalau panas sangat, boleh campur-campur sikit dengan air sejuk untuk dapatkan suhu yang ideal. Air sejuk pula memang sedap diminum, rasanya macam kita beli air mineral sejuk-sejuk dari kedai serbaneka. Kalau nak buat Ribena ke Sunquick pun boleh sangat sebenarnya, cuma yang ni saya tak pernah cuba lagi sebab saya tak berapa minat minum air-air tu.

Cukuplah point-point yang saya kongsikan ni rasanya. Walaupun air kami memang air alkali, bermineral dan berkhasiat, saya taknak lah jual janji-janji manis sampai tahap kalau anda minum air kami ni boleh sembuh dari kencing manis. Air zam-zam pun kalah macam tu! Cukuplah anda tahu, bila anda ada penapis air atau water dispenser ni, tak kiralah jenama apa sekalipun, anda akan dapat air bersih, dan kerja anda akan jadi jauh lebih mudah daripada biasa.

Sunday, 17 February 2019

Penapis Air Outdoor vs Indoor, Atau Dua-Dua Sekali?



Ada pelanggan tanya kami, perlu ke beli kedua-dua penapis indoor dan outdoor ni, atau satu sahaja dah cukup? Sebenarnya, jawapan kepada soalan ini bergantung pada keperluan dan kemampuan anda. Kami tiada jawapan yang 100% betul untuk soalan ini, tapi kami boleh bantu anda buat pilihan berdasarkan beberapa keadaan seperti di bawah:

Penapis Air Indoor Sahaja


Kalau nak beli salah satu penapis air sahaja, biasanya orang akan pilih penapis indoor ini, sebab bukan setakat dapat air bersih, tetapi juga dapat memudahkan rutin harian seperti memasak, bancuh susu anak dan sebagainya dengan adanya air sejuk dan panas.

Siapa yang perlukan penapis air indoor sahaja?

Penduduk rumah apartmen, kondominium dan sebagainya
Sebab rumah high-rise memang tak boleh buat pemasangan penapis air outdoor, jadi cukuplah dengan penapis air indoor yang dapat memudahkan kerja anda.

Perlukan air bersih yang boleh terus diminum
Sangat memudahkan urusan harian, tak perlu lagi masak air, panaskan air, sejukkan air. Nak masak Maggi pun dah tak perlu hidupkan api.

Suri rumah yang sibuk
Tahun 2019 ini, suri rumah pun sudah sibuk dengan business online dan sebagainya, oleh itu jika ada penapis air indoor ini memang sangat membantu. Kurang sikit stress dalam menguruskan rumah tangga!

Pada pendapat kami, penapis air indoor ini hampir wajib untuk setiap rumah di zaman moden yang serba pantas ini!

Penapis Air Outdoor Sahaja


Mengikut kajian yang kami telah lakukan, kualiti air yang disalurkan ke rumah anda akan diperiksa oleh pegawai bertugas setiap hari. Jadinya, insyaAllah air yang ada tu dah cukup selamat untuk digunakan. Cuma kadang-kadang, terlepas juga air karat, kotor dan sebagainya ke rumah kita. Saya percaya semua orang ada pengalaman dapat air kuning ni. Tak pasal-pasal, tengah basuh baju putih, baju pun jadi kotor.

Fungsi penapis air outdoor ni, untuk pastikan anda dapat air bersih untuk semua kegunaan, bukan setakat minum je. Boleh juga guna untuk masak, untuk mandikan anak-anak, basuh pinggan, basuh kereta, air kolam ikan pun confirm lagi suci bersih bila guna penapis outdoor ni!

Siapa yang perlukan penapis air outdoor sahaja?

Penduduk kawasan yang selalu terjejas dengan air kotor atau kuning
Kalau rumah anda selalu dapat air kuning, eloklah guna penapis air outdoor ni! Takdelah terperanjat kadang-kadang lepas tadah air tengok-tengok hitam dah air dalam baldi tu.

Orang yang masih rajin masak air panas guna cerek
Takde masalah pun kalau anda nak guna cara lama ni. Cuma kebanyakan orang sekarang malas (baca: sibuk) sebab itulah ramai yang beli penapis air outdoor dengan indoor sekali!


Penapis Air Indoor + Outdoor


Pilihan ini terbaik kalau anda nak dapatkan air bersih, sihat dan tak kuning. Bukan itu sahaja, bila anda beli dua-dua sekali, anda akan dapat air sejuk dan panas yang bersih dan sihat. Ready to drink! Keluar duit sekali je. Percayalah cakap saya, lepas anda dah beli penapis air ni, mesti anda akan rasa hidup anda sangat mudah. Sesekali takde penapis air, rasa macam banyak sangat kerja kena buat. Kalau tak percaya, cuba lah tanya beribu-ribu pelanggan kami yang lepas.